Doa Untuk Diri Sendiri

Bismillahirrahmanirrahim, ya ALLAH berikanlah aku kekuatan untuk bangkit setelah disakiti, sesungguhnya banyak orang yang penting dalam hidupku yang perlu aku bahagiakan.. berbanding 3 – 4 manusia yang mengkhianati ukhuwwah ini…

 

Besarkan hatiku dan kuatkan ia

 

cabutlah rasa pedih dan sedih akibat dikhianati mereka yang pernah kuanggap sebagai keluarga…

 

 

bahagiakan mereka dan tunaikanlah hajat mereka

 

serta lindungilah aku dan ahli keluargaku dari pandangan ain dan hasad mereka jika ada…

 

aku maafkan dan aku ampunkan

 

aku lepaskan dan tak ingin aku pandang lagi mereka di dunia mahupun di akhirat

 

aku redho segala yang terjadi dan berlalu

 

mohon cabutkanah 3 duri ini dari hatiku wahai ALLAH

 

aamiiin

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Pengajaran Dari Movie Inside Out : Terapi Syukur Kunci Bahagia

Pengajaran Dari Movie Inside Out : Terapi Syukur Kunci Bahagia

Alhamdulillah terima kasih ALLAH
 
bagi setengah orang mungkin movie inside out tu hanya movie tapi banyak sungguh pengajaran saya dapat extract dariu movie itu. Saya nak share beberapa yang saya dapat ingat, untuk rujukan diri saya sendiri.
InsideOut54aef6a6e091f.0
 
1) saat kita dilahirkan ke dunia, dalam diri kita sangat penuh dengan kebahagiaan, kegembiraan dan keterujaan.
 
2) diri kita dibentuk oleh apa yang diisi dalam minda, banyak sedih maka itulah yang akan membentuk kita… TAPI dalam diri kita masih ada core KEGEMBIRAAN dan KEBAHAGIAAN yang mungkin dah terlalu sedikit dan tenggelam dek banyaknya kesedihan dan dugaan, kita masih boleh REVIVE semula rasa BAHAGIA dan GEMBIRA itu
 
3) caranya ialah CUBA INGAT semula saat GEMBIRA dan BAHAGIA itu. Tuliskan dan nikmati kegembiraannya, walaupun sedikit saja GEMBIRA, tapi hayati dan rasai semula KEGEMBIRAAN itu, inilah sebenarnya TERAPI SYUKUR
 
4) Terapi SYUKUR akan membangkit semula rasa GEMBIRA dan BAHAGIA, bila kita ada rasa GEMBIRA dan BAHAGIA kita lebih mudah untuk MENARIK KEGEMBIRAAN dan KEBAHAGIAAN baru untuk datang.
 
5) Lama-lama minda kita akan terbiasa untuk MEMIKIRKAN KEBAHAGIAAN dan KEGEMBIRAAN dan melupakan kesedihan dan kekecewaan.
 
6) dan ia akan membentuk diri kita dengan attitude GEMBIRA dan BAHAGIA yang tulen, bukan terpaksa atau dibuat-buat
 
7) Tangisan dan kesedihan adalah perlu diluahkan dan dikeluarkan agar ia dapat dibuang keluar dari simpanan memori. Jika dua emosi ini dipendam, ia akan meracun memori lain yang baik-baik. Jika kita sedih, segerakan untuk buang dan keluarkan. Ini adalah proses membuang beban – NEUTRALIZATION
 
 
MashaaALLAH banyak sungguh pengajaran.
 
Oleh itu untuk saya sendiri, mulai hari ini saya nak DETOX EMOSI saya dengan menulis segala MEMORI BAHAGIA sejak saya lahir sehingga saya hari ini.
 
Saya akan kongsikan mana yang sesuai dikongsi di FB juga, agar yang ada di FB saya adalah MEMORI BAHAGIA dan GEMBIRA
 
 
Alhamdulillah terima kasih ya ALLAH kerana memberi tarbiyah kepadaku dengan cara yang sangat comel dan manis.
 
I Love you ALLAH
 
I love Nabi Muhammad sollallahu ‘alaihi wasallam
 
Alhamdulillah
 
ALLAHumma solli ‘ala Muhammad
 
 
Lots of love :
 
 
Salwa Ashabul Jannah – Salwa ahli syurga ALLAH <3



Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Pengalaman buat Bisnes Shaklee sejak 2013

Pengalaman bisnes saya agak banyak sebelum saya buat bisnes Shaklee ni.

Untuk meneruskan kehidupan di tengah kota metropolitan ini, pelbagai bisnes saya pernah buat :
Jual kek lapis – 2008 

Jual baju budak – 2011

Jual jubah – 2011

Jual mainan – 2008

Jual buku – 2008

Jual ikan masin – 2010

Jual makanan kesihatan – 2008

Jual servis pendidikan – 2010

Jual emas dan perak – 2010

Import barang dari UK n US – 2012

Akhirnya saya penat kerana buat banyak bisnes tanpa fokus.
Hasil memang ada tapi so-so saja.
Penat jangan tanya, dulu anak saya tak merasa pun jalan2 petang2 ke taman, holiday memang takyah cakap la, memang takde.

Sehingga selepas insiden anak saya yang Ibrahim tu,
Takdir ALLAH, dia kena penjagaan rapi, kena oksigen, kena kuarantin, kena jaga hygiene, 
Maka saya tak boleh dah buat bisnes sekadar celup2 gitu.

Tiba masa saya kena buat sesuatu yang mudah, jual produk yang memang orang cari2 dan nak beli, bukan jual produk yang tak ramai orang jual.

Saya kena jimatkan masa, saya perlu cash untuk survival, saya kena jaga anak yang perlukan penjagaan khas dan rapi….
Maka saya perlukan sesuatu yang boleh beri RESULT PANTAS :
Tanpa perlu branding,

Tanpa perlu marketing yang mahal,

Tanpa perlu cari orang,

Tanpa perlu modal,

Produk orang dah kenal,

Produk memang orang cari,

Produk yang terbukti selamat n berkesan.

Maka akhirnya saya jumpa jawapannya dalam plan bisnes Shaklee.
May 2013 – saya stop semua biz termasuk emas, saya fokus Shaklee.

Saya fokus kepada siapa yang boleh dibantu dengan produk2 Shaklee 

Saya fokus kepada orang yang cari solution untuk bebas dari gangguan kesihatan. 
Saya fokus untuk share dan serve,
Saya fokus fokus dan fokus 
alhamduliLLAH bulan pertama income 4 angka

Bulan keempat income 5 angka 
Bulan keenam berjaya bantu 17 orang dapat income 4 angka
Bulan ketujuh naik pangkat tertinggi 
Bulan ke 17 dapat hantar mak ayah pergi umrah untuk pertama kali 

Alhamdulillah…..
Saya buat untuk anak2

Dan hari ni saya menumpang rezeki mereka…
Banyaknya yang saya dah lalui….

Sehingga tak sedar saya rupanya dah melakukan satu big leap dalam hidup….

Sesuatu yang saya tak pernah fikir yang saya akan dapat….
Semuanya bermula dengan 1 keputusan yang saya pilih dulu…..
alhamduliLLAH 
Saya bersyukur dengan keputusan ini.
Ada banyak lagi yang belum selesai dan perlu saya capai.
Semoga ALLAH mudahkan jalan saya untuk sampai ke matlamat yang di inginkan.
Amiiin 
Saya doakan anda juga gembira dan bahagia dengan keputusan yang anda pilih. 
P/s : 3 December ni saya akan kongsikan kisah WHY saya ini dalam program Jejak Jutawan Shaklee.
P/s : Exclusive untuk peserta berdaftar sahaja. PM saya untuk daftar ya.

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

14 perkara perlu dilakukan bila ada ahli keluarga meninggal dunia.

Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita? Apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita?

Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik..

Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

 

  1. Jangan cemas, bertenang hadapi ujian.
  2. tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
  3. sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
  4. Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
  5. letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
  6. Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
  7. Tangan diikat dengan perca kain.
  8. Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
  9. jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
  10. selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
  11. rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
  12. Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
  13. Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
  14. Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM550(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama pegawai masjid seperti Tuan Nazir atau Ajk Masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.

Wallahu’alam.




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Nota Peribadi : Dosa Mengumpat yang tidak disedari

Masa Ramadhan lepas, ada satu bait dalam doa ustaz Miftah yang amat menggerunkan bila dikenang.

Ustaz mendoakan :
“Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami mengumpat mereka yang kami tak pernah kenal dan mereka pun tak kenal kami tapi kami mengumpat dan mengata tentang mereka….”

Lepas tu ustaz teruskan dengan doa sambil menangis tersedu sedan 
Jemaah pun ikut nangis dalam doa mohon keampunan yang ustaz bacakan itu
Sampai hari ni saya muhasabah diri 

Dah berapa ramai orang yang saya tak kenak tapi saya mengumpat dia….

sangat banyak berlaku hari ni

– kita tengok screen shot status Fb org jadi viral, kita komen sambil menyelit kata2 yang mengkritik, sedang kita tak kenal lansung orang tu.
– Ada orang share pasal rumah tangga dia di FB, lepas tu jadi viral…. Kita pun tolong share sama, lepas ru kita pun ada komen rasa menyampah pada suami/isteri berkenaan, sedang kita langsung tak kenal mereka 
– ada orang share video pendek berkenaan sesuatu dan jadi viral, contoh video orang tinggal anak dalam kereta, kita pun mengumpat mengutuk dia…. Sedang kita tak tahu perkara sebenar dan kita tak kenal dia pun
– ada orang viralkan kes ibu meninggal semasa bersalin di rumah, kita pun share dan selitkan komen terhadap ibu tadi, sedang kita tak kenal pun ibu ini, kita tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku

– kita baca kisah artis / politik dan tak sedar termengumpat mana2 individu berkaitan, kita tak kenal pun mereka ni secara personally….

Ni sekadar beberapa contoh mudah. Ada banyak lagi yang boleh kita fikir dan renungkan.

Bila kita tak kenal mereka, bagaimana nak minta maaf?
Dan kalau orang yang kita mengumpat ni dah takde, macam mana nak minta maaf agaknya….
Sedangkan dosa sesama manusia perlu diselesaikan dengan yang berkenaan.

Saya pun ada buat perkara ini….

Sebab tu bait doa ustaz tu melekat kuat di ingatan saya….

Dan sebab ini juga saya tulis semula di sini supaya saya tidak lupa 

Di mata kita mungkin yang bersalah tu teruk dan berdosa 

Tapi di sebaliknya kita tak oerasan ALLAH jadikan ini berlaku mungkin jalan untuk si pesalah dapat pahala menggunung
Datang dari mana pahala tu? 
Datang dari kita yang mengumpat mereka tanpa sedar….

Bila direnung dalam2 

Baru sedar yang pahala dah banyak terbagi ke orang lain 

Mudah2 an kita tak muflis di akhirat…..
Catatan saya yang banyak dosa, moga ALLAH ampunkan saya..




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Ujian sebagai tanda kasih sayang ALLAH untuk kita capai bahagia

Ujian sebagai tanda kasih sayang ALLAH untuk kita capai bahagia

Minggu lepas masa hujung bulan….sebenarnya…3 anak saya demam selama 5 hari termasuk lah anak saya yang ada isu jantung tu. Ditakdirkan anak2 saya ni kalau demam diorang datang dengan package mun mun and super cranky… so for more than a week saya tidur ayam 2-3 jam saja sebab monitor 3 anak demam.

11081482_1378857919105430_4202393982973533954_n

alhamdulillah sekarang dah subside dah demam mereka, alhamdulillah hari ni dah back in great health…. dan sihat sepenuhnya, alhamdulillah

Alhamdulillah, walaupun masa closing tu anak demam, tapi bulan lepas adalah closing yang paling cemerlang setakat ni… walaupun closing dalam keadaan 3 anak sedang perlukan penjagaan dan perhatian penuh… tapi subhaanALLAH luar biasa sangat apa yg ALLAH bagi pada kami…

Tipsnya ialah : Sangka baik dengan ALLAH…. yakin, apa2 saja yang ALLAH bagi sepanjang jalan adalah proses untuk ALLAH kabulkan doa kita….

sepanjang jaga anak, saya sentiasa yakin ALLAH bagi apa yang DIA bagi tu sebab saya perlu lalui perkara itu untuk sampai kepada apa yng saya perlu dan mahu, dan saya yakin tentulah itu adalah terbaik buat saya…

Ujian bukan halangan untuk sampai kepada impian dan target yang kita dah doa minta dari ALLAH
Ujian tu sebenarnya FAST TRACK TO SUCCESS
Bergantung kepada bagaimana persangkaan kita kepada ALLAH….

Kalau kita sangka yang baik, maka dapatlah package FAST TRACK tu….

Kalau sebaliknya, do not blame ALLAH (contohnya : dah takdir ALLAH macam ni, ini dah ketetapan ALLAH) pada sesuatu yang sebenarnya kita decide nak pilih melalui sangkaan kita kepada ALLAH….
Di alam ini takde yang lebih mahukan kebaikan untuk kita melainkan ALLAH…. Buang sangka buruk kepada ALLAH :
contoh : ya ALLAH kenapa nasib aku macam ni, ya ALLAH kenapa workload aku banyak sangat, ya ALLAH kenapa anak aku asik tak sihat, ya ALLAH kenapa suami aku ni macam ni, ya ALLAH kenapalah dia senang je tapi aku ni tak smooth pun jalan hidup macam dia
Bila kita menyangka bahawa apa yang ALLAH bagi pada kita tu tak baik / buruk ; tak best…. maka apa yang bakal kita dapat, adalah seperti apa yang kita ‘send’ melalui sangkaan kita kepada ALLAH…
Ye bukan senang nak bersangka baik di saat ujian, tapi berpeganglah kepada 1 perkara ni : Maha baiknya ALLAH dan maha lemah lembutnya ALLAH, dia lagi sayang kita lebih dari mak kita sayang kita…. dan Nabi Muhammd saw pun di uji sangat hebat dalam hidup baginda sedangkan beliau adalah kekasih ALLAH yang suci dari dosa, so apatah lagi kita yang hari2 berdosa ni, tentulah turut ada ujian…..
kalau ujian tu tanda ALLAH nak bagi keburukan kepada kita, so adakah nabi Muhammad saw dulu diuji berat sebab ALLAH nak bagi keburukan kepada baginda?
Fikirlah wahai jiwa2 yang sedang diuji ALLAH

Saat kita rasa kita ni paling malang dan sedih dan susah di dunia, sebenarnya ALLAH sedang sediakan hadiah untuk kita andai kata kita berjaya lalui ujian yang DIA dah aturkan itu dengan cemerlang…

pesan ALLAH kepada hamba2NYA yang DIA sayang dan sedang diuji, dalam al-Quran, surah al Baqarah, maksudnya :

“dan mohonlah pertolongan dengan cara SABAR dan SOLAT, sesungguhnya ALLAH bersama2 dengan orang2 yang SABAR”
Sabar dalam ayat ini bukan membawa maksud “patience”
tetapi sabar dalam ayat ini bermaksud “PERSISTENCE” dalam beribadah (solat) dan juga bertahan dalam BERSANGKA BAIK dengan ALLAH…..
Semoga sahabat saya sekalian yang sedang diuji berjaya keluar dari situasi yang mencabar dan menduga itu dengan segera dan dengan cemerlang…
Jom banyakkan selawat hari ni….

ALLAHumma solli ‘ala saiyidina Muhammad
*Hari ni, baru ada masa nak betulkan screen handphone sebab dah total black out….

* saya dah takde whatsapp, so contact saya melalui telegram je ye, baru re install balik untuk




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017