Set Bersalin Shaklee – Set Bersalin Terbaik Pilihanku

Set Bersalin Shaklee – Set Bersalin Terbaik Pilihanku

Hari ni ramai ibu berpantang menggunakan Set Bersalin Shaklee kan? Alhamdulillah seronok sangat perasaan saya dengan perkembangan sihat ni. Teringat  pengalaman masa tahun 1997 , kali pertama saya tengok orang berpantang tak makan jamu tapi dengan Set Bersalin Shaklee

 

Set Bersalin Shaklee

Ni Mak Uda saya, pengguna Set Bersalin Shaklee sejak 1997. Ni gambar mak uda saya hari ni @ 52 tahun…cun melecun kan?

 

 

Tahun 1997 – masa tu makcik saya yang  cantik jelita baru lepas bersalin anak kelima. Masa kitorang pergi ziarah makcik tengah berpantang tu, agak hairan sebab rumahnya takde bau jamu atau bau herba….senang cerita macam takde orang berpantang le masa tu kat rumah tu.

 

Bila masuk bilik tengok makcik, masa tu lagi le terkejut. Biasanya makcik saya ni lepas bersalin sangat pucat dan nampak sangat sakit. Tapi masa tu saya tengok muka makcik saya merah dan makcik saya nampak fresh takde pun macam sebelum2 ni macam mama bosan je lepas bersalin.

 

Mak saya pun macam terkagum lah kejap tengok perbezaan itu. selidik punya selidik dapat le tahu makcik saya berpantang tak ikut adat melayu…haaa.agak bising jugak le arwah opah saya masa tu…orang lain makan jamu, makcik saya makan Set Bersalin Shaklee…hihihi

 

Tapi disebalik makcik saya membuat kejutan dengan berpantang tanpa herba dan jamu itu, ramai yang kagum bila makcik saya yang selama ni 4 orang anaknya takde yang breastfeed, alhamdulillah anak kelima tu berjaya menyusu penuh sampai 2 tahun lebih.

Masa tu memang arwah opah saya teruja dan kagum sangat sebab dari sebelum ni susu takde langsung masa dalam pantang, berubah jadi banyak susu sampai dapat breastfeed full sehingga 2 tahun lebih.

 

Kejayaan makcik saya ni menyusu dengang susu ibu sampai 2 tahun menjadi inspirasi pula kepada makcik2 saya yang lain, zaman dulu mana ada orang perah susu bagai kan? Tapi makcik2 saya dah buat semua tu, guna pam pureen RM7 je masa tu namun berjaya perah susu. Tak payah Medela Freestyle bagai…hehehe

 

Anak kelima makcik saya tu pulak lahir sangatlah cantik bersih kulitnya. Takde pun kena kuning masa tu. Saya teringat masa dia umur 2 tahun tak silap, nursery tempat dia dijaga tu kena wabak chicken pox. So sepupu saya ni pun turut kena la jugak masa tu, tapi alhamdulillah kejap je dalam 2 minggu dah sembuh.

 

Makcik saya kata masatu untung sebab dia masih breastfeed anak dia tu, so makcik saya makan Vitamin C Shaklee banyak sikit, dan lebihkan sikit Instant Protein (hari ni namanya ESP Shaklee) lepas tu Vitamin E Shaklee tu makcik saya sapu ke kulit baby, alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah elok dari chicken pox.

 

Itulah pengalaman saya melihat makcik saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Tapi masa tu takde la orang panggil Set Bersalin Shaklee. Masa tu orang sebut Vitamin Shaklee je.Sekarang ni je yang di branding jadi Set Bersalin Shaklee la, Set Berpantang Shaklee la, ada Premium bagai,sebenarnya bendanya Vitamin Shaklee aje…hehehe

 

Oleh kerana pengalaman saya melihat makcik berpantang guna Vitamin Shaklee je, jadi saya pun terikut dengan setting dalam kepala nak makan Shaklee lepas bersalin.

 

 

Pengalaman Berpantang Dengan Shaklee

Bila saya tahu saya pregnant, memang dalam kepala terus fikir nak teruskan ambil vitamin Shaklee untuk ibu hamil.  Takde langsung terfikir nak ambil prenatal vitamins dari klinik.

 

Dan bila dah bersalin, saya teruskan makan Vitamin Shaklee sepanjang berpantang. Kalau nak cerita pengalaman saya berpantang, memang langsung tak macam orang berpantang, hehehe.

 

Dah suami saya yang jaga, sebab mak masih kerja tak boleh cuti lama. Kadang-kadang suami beli je makanan dari kedai untuk bagi saya makan…
Oh nooo mesti ada orang terkejut kan? hehehe jangan risau, alhamdulillah disebalik keganasan saya berpantang ala cowboy tu, tak disangka-sangka lepas saya dah bersalin anak keempat haritu, bidan urut puji katanya :
Dik badan kau ni eloklah tak kembang walau dah anak 4
hihihi….terkembang sekejap masa tu sebab tak sangka dah la baru 3 hari bersalin masa tu….hihi, alhamdulillah ^_^

 

uiks segannya nak cerita kan? yelah bukan orang perempuan je baca blog ni…. tapi nak share pengalaman, tulis jugak lah mana tahu ada orang yang lalui pengalaman sama macam saya, so jangan risau walau kita pantang ala cowboy, badan tetap maintain luar dalam tip tiop bak anak dara gitu,inshaaALLAH…(hihi malunyaaa)

 

Satu lagi insiden ialah masa nak check adakah ada tertinggal uri dalam rahim sebab saya kan bersalin secara gentle homebirth di rumah sendiri, masa ni hari keempat lepas bersalin. Doctor pakar sakit puan tu pun beri pujian yang lebih kurang sama dengan bidan semalam tu. Gynae masa tu periksa dengan scan ultrasound lagi, sambil memuji,

 

baguslah rahim kemas tak kembang

 

alhamdulillah

 

saat itu, memang rahim tak kembang tapi hatiku kembang berbunga-bunga gitu…alhamdulillah ^_^

 

Set Bersalin Shaklee

Pengalaman maktang (mak berpantang) yang bersalin secara pembedahan (cesarean atau orang kita sebut czer gitu) yang over gembira dengan Set Bersalin Shaklee…hihihi

 

Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya dengan makcik saya yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee ni. Nak kata best tu biarlah pembaca nilaikan sendiri dari pengalaman kami yang ciput ini sejak tahun 1997 sehingga hari ini.
Kalau dah bidan dan doktor gynae sendiri pun authorized kata badan dan rahim luar dalam tip top walau baru 3 hari bersalin, rasanya dah cukup untuk buktikan Vitamin Shaklee ni memang berfaedah dan terbaik lah untuk maktang-maktang ni (maktang itu singkatan mak berpantang…tah sapa yang mulakan kat FB saya ikut aje…hhihihi)

 

Set Bersalin Shaklee memang Terbaik  :)

 

 

Biasanya soalan2 yang ditanyakan kepada kami tentang Set Bersalin Shaklee ni adalah dalam 7 jenis soalan ni. Saya share kan kat sini mana tahu ada yang mempunyai persoalan yang sama dalam fikiran :)
1) Bila masa sesuai untuk mula makan Set Bersalin Shaklee? – Pengalaman saya sendiri, lepas je bersalin terus minum 3 sudu ESP bancuh dengan air suhu bilik lepas tu makan 10 biji alfalfa terus…Alhamdulillah lepas tu nak tau apa jadi? Susu masuk dengan jayanya sampai 5 hari engorge

 

2) Adakah selamat untuk ibu menyusu dan babynya?Alhamdulillah setakat yang saya sendiri pernah alami sejak tahun 1997 sampai sekarang, ibu menyusu pun selamat, baby yang menyusu terlebih selamat lagi sebab sepanjang pengalaman sya maktang yang makan Set Bersalin Shaklee ni anaknya tak kena jaundice kalau cara makannya betul.

 

3) Adakah sesuai untuk ibu yang berpantang lepas bersalin secara pembedahan cesarean – Saya takde pengalaman bersalin secara czer / pembedahan. Begitu juga makcik saya. Alhamdulillah kami semua bersalin secara normal. Tapi ada kawan saya yang ada pengalaman 3 kali bersalin secara pembedahan dan menggunakan Set Bersalin Shaklee. Mungkin lebih baik dapatkan makulamt dari pengalaman kawan saya ni

 

4) Berapa Harga Set Bersalin Shaklee – Kalau saya kata tak mahal kang orang kata saya propa, boleh ke kalau saya buat perbandingan sikit? kalau Set Bersalin Tanamera tu harganya RM300+ untuk 44 hari, Set Bersalin Nona Roguy RM300 untuk 40 hari,  kalau dikira ikut bilangan hari lah kan Harga Set Bersalin Shaklee ialah RM170 untuk 30 hari. Murah ke murah? Itu belum kira harga Ahli lagi tu…hehehe

 

5) Boleh ke beli dengan harga Ahli? Boleh le sayang kalau dah berdaftar jadi ahli ;)

 

6) Perlukah ambil Jamu atau Herba Berpantang lain? Kalau nak pandangan peribadai saya, berdasarkan pengalaman, kitorang takde amik jamu semua ni alhamdulillah makan Set Bersalin Shaklee je pun tetap tip top la apa yang patut dan bantu jugak  banyakkan susu.

 

7) Cara Makan Set Bersalin Shaklee ni macam mana? –Senang je cara makannya, tak rumit pun. Ikut je cara yang diberikan sekali semasa pembelian

 

Pakej Set Bersalin Shaklee – ada ke pakej?

Pengalaman ibu bersalin ni ada macam-macam. Ada yang smooth normal, ada yang kena cesarean atau pembedahan czer kata orang kita. Belum cerita lagi pengalaman  bersalin dengan Epidural lagi, yang kena vacuum lagi, forcep lagi….

 

Kita dengan je pun dah pening kan, banyaknya cara kelahiran berlaku. Apatah lagi ibu yang mengalami. Sebab tulah keperluan seorang mak dengan mak yang lain semestinya tak sama.

 

Dengan adanya Pakej Set Bersalin Shaklee mak-mak yang berpantang bolehlah pilih vitamin apa yang mereka perlu ambil untuk rawatan diri masa dalam pantang nanti, berdasarkan apa keperluan mereka.

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Untuk Ibu Berpantang komen dari Doktor

Kalau nak cerita tentang pengalaman guna Set Bersalin Shaklee alhamdulillah memang kami boleh buat 9 ebook dari pengalaman saya dengan makcik. Tapi kita nak pakai produk masa dalam pantang ni bukan saja perlukan cerita pengalaman dari orang yang dah berjaya guna, tapi yang lebih penting tentulah apa kata doktor.

 

Setakat ni ada ke agaknya Set Bersalin yang mendapat ulasan doktor perubatan tentang adakah selamat atau tidak untuk guna masa dalam pantang dan masa menyusu? Alhamdulillah Set Bersalin Shaklee ada :) Dr Zubaidi ada tulis artikel tentang Kebaikan Set Bersalin Shaklee untuk Ibu Berpantang.

Saya sebagai ibu sangat faham kegusaran hati mak mak berpantang nak ambil produk sebarangan. Ye lah kita ni fikir menyusu anak lagi, kalau silap makan boleh baby kembung atau kuning. Atau kita sendiri pulak dapat bentan ke kan? Nauzubillah.

So dengan penerangan Doktor perubatan dan pengalaman kami, rasanya cukup kuat dah membuktikan Set Bersalin Shaklee ni Terbaik dan Selamat. Tengok Dr Hamid Arshat pun recommend Vitamin untuk lepas bersalin. best betul Shaklee ni kan?

 

 

 

 

 

Testimoni Set Bersalin Shaklee – pengalaman ibu bersalin pembedahan

Testimoni Set Bersalin Shaklee yang dikongsikan oleh customer kami yang happy adalah sangat banyak, sejak May 2013 mereka share pengalaman mereka guna Shaklee masa berpantang. Ni antara pengalaman dan review paling manis sekali dari customer kami yang cantik puan Diana Joseph.

 

 

 

Harga Set Bersalin Shaklee

Harga Set Bersalin Shaklee di Malaysia adalah antara yang termurah antara semua Set Bersalin yang ada dalam negara kita. Kat atas tadi saya ada buat perbandingan dengan 2 jenama Set Bersalin terkenal iaitu Set Bersalin Tanamera dan Set Bersalin Nona Roguy.

 

Kalau berdaftar secara sah dengan Shaklee boleh dapat Harga Set Bersalin Shaklee yang jauh lebih murah dari harga biasa. Nak Daftar jadi Ahli Shaklee pun tak mahal hanya RM75 seumur hidup.

 

Bagaimana Cara Makan Set Bersalin Shaklee Yang Berkesan?

Saya tau ramai juga yang dah beli Set Bersalin Shaklee ni mencari maklumat tentang Cara Makan Set Bersalin Shaklee. Apa yang boleh saya share ialah cara makan Shaklee ni takdelah complicated mana pun.

Yang mana kalau kita tersalah cara makan pun takkan membawa kemudharatan atau bahaya so janganlah risau ye. Follow je apa yang seller atau Pengedar Shaklee kita dah bagitau. InshaaALLAH berkesan juga. Jangan gusar ya maktang ;)

 

Sebelum nak akhiri sharing saya yang panjang lebar ni, saya suka nak share pengalaman ibu berpantang selain saya yang gunakan Set Bersalin Shaklee. Antaranya kak Mia, seorang business Owner yang memiliki perniagaan butik stroller baby yang juga merupakan seorang lecturer di sebuah universiti.

 

Kak Mia yang duduk kat Bangi ni sangat teruja dengan pengalaman manis menggunakan Set Bersalin Shaklee. Wah baru saya perasan dah setahun dah review ni…wah terharu la pulak…huhuhu

 Testimoni Set Bersalin Shaklee

 

 

Seronok kan baca sharing mereka. Saya pun sangat bahagia bila mendapat feedback dari mereka ini. Kesemua pengguna di atas mendapat kesan positif yang amat memuaskan hati adalah kerana mereka menerima bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan unik mengikut permasalahn dan keperluan individu.

 

Of course la kena unik kan? Sebab setiap wanita dan Ibu adlah unik, dan memerlukan panduan yang berbeza mengikut keperluan dan isu masing-masing :) Di sini kami meraikan keunikan setiap ibu :)

 

 

Harapan saya semoga perkongsian pengalaman kami sepanjang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni menjadi panduan yang berguna untuk pada ibu yang sedang mendapatkan maklumat berkenaan Vitamin Shaklee ini.

 

Salam sayang dan jumpa lagi ya ibu :)

 

Master Salwa

Certified Lactation Counsellor

Shaklee Product Advisor

0133011121

ibusihat@gmail.com

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Kebaikan Set Bersalin Shaklee Menurut Doktor Perubatan

Kebaikan Set Bersalin Shaklee Menurut Doktor Perubatan

Kebaikan Set Bersalin Shaklee untuk Ibu Berpantang bukan sahaja diakui oleh ibu berpantang yang dah menggunakannya, tetapi juga diakui berkesan dan selamat oleh para doktor perubatan. Rujuk blog Dr Zubaidi untuk membaa artikel kupasa beliau mengenai Set Bersalin Shaklee.

Set Bersalin Shaklee

Pengalaman ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan cesarean yang gembira dengan Set Bersalin Shaklee.

Keunikan dan Kebaikan Set Bersalin Shaklee ini sebenarnya terletak pada kombinasi produk supplement Shaklee yang benar-benar menepati keperluan dalaman dan luaran seorang ibu yang berpantang.

 

Malah para Doktor dan Pakar perubatan turut mengesyorkan ibu-ibu berpantang untuk mengambil vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang dan juga selepas pembedahan. Doktor Perunding Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Professor Dr Hamid Arshat yang telah berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang O&G sangat-sangat menggalakkan para ibu mengambil vitamin.

 

 

 

Ibu-ibu tak yakin nak ambil vitamin semsa berpantang? Jom lihat apa kata Doktor Pakar Sakit Puan dan Perbidanan tentang isu ini :

 

 

Oleh kerana Doktor Pakar sendiri mengesyorkan pengambilan vitamin sebagai langkah pemulihan dan penjagaan kesihatan terbaik, maka terbuktilah bahawa Kebaikan Set Bersalin Shaklee ini sememangnya Terbaik untuk ibu Berpantang

Dan ini dibuktikan pula melalui Testimonial dari Pengguna Set Bersalin Shaklee yang berjaya memperoleh kesan positif dari pengambilan Set Berpantang Shaklee ini.

 

Testimoni Set Bersalin Shaklee dari ibu berpantang normal dan Pembedahan (czer atau cesarean).

 

Mereka adalah ibu yang telah menggunakan Set Bersalin Shaklee ini di mana mereka amat berpuas hati dengan hasil dan kebaikannya.

Antara kegembiraan mereka ialah bila susu mereka menjadi banyak berbanding dengan sebelum mereka menggunakan Shaklee.

Berikut antara komen / testimoni / feedback / review ibu-ibu yang pernah menggunakan Set Berpantang Shaklee ini :

Baca :: Testimonial Set Bersalin Shaklee untuk Banyakkan Susu dan Kurus dari Customer kami dari Sabah

 

Dan buat ibu bersalin secara pembedahan, ada ramai ibu yang Bersalin secara Pembedahan Cesarean atau Czer yang sangat gembira menggunakan Set Berpantang Shaklee ini..

Testimoni Set Bersalin Shaklee untuk Pembedahan  dan juga satu lagi Testimoni Set Bersalin Shaklee Untuk Pembedahan

Cara Makan Set Bersalin Shaklee

 

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan Harga Set Bersalin Shaklee dan Pakej Set Bersalin Shaklee yang ada. Malah kami juga turut sediakan Cara Makan Set Bersalin Shaklee untuk anda yang memerlukan :)

 Anda juga nak dapat Kebaikan begini daripada Set Bersalin Shaklee semasa berpantang nanti? Pastikan anda beli dari kami :) InshaaALLAH anda juga akan masuk dalam statistik 100% pelanggan gembira kami yang berpuas hati dan dapat manfaat positif dari penggunaan Set Bersalin Shaklee :)




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Pakej Set Bersalin Shaklee Terbaik

Pakej Set Bersalin Shaklee Terbaik

Ramai bertanya kenapa ada banyak Pakej Set Bersalin Shaklee. Ini adalah kerana lain ibu lain keperluannya. Ada ibu yang berpantang secara pembedahan cesarean, ada yang normal. ada yang dah beranak banyak kali. Maka tentulah keperluan pun berbeza kan :)

Set Bersalin Shaklee

Pengalaman ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan cesarean yang gembira dengan Set Bersalin Shaklee.

Pada bulan May 2013, setelah berhari-hari saya berfikir untuk memperluas perkongsian mengenai Set Bersalin Shaklee, akhirnya ALLAH berikan ilham untuk membuat 3 kombinasi Pakej Set Bersalin Shaklee yang akhirnya ditiru oleh ramai penjual Shaklee lain :)

Takpe mereka bleh tiru kombinasi Pakej tapi panduan Cara Makan Vitamin Shaklee Untuk Ibu lepas Bersalin yang saya guide berdasarkan kepakaran dan pengalaman sejak tahun 1997 tu hanya ada pada kami sahaja, in shaaALLAH

Pakej 1 : Set Bersalin Shaklee Set Asas

Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Asas ini adalah yang paling basic sekali untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu berpantang. Pakej Asas ini sesuai untuk :

  1. Ibu bersalin Normal / Pembedahan / Keguguran
  2. Ibu yang dah habis berpantang tapi nak jaga kesihatan
  3. Ibu yang alami sakit-sakit badan selepas Berpantang

Untuk ibu yang berpantang pula, Set Bersalin Shaklee Set Asas ini membantu dari segi :

  • Sembuh dari luka berpantang dengan cepat
  • membentuk dan membina semula darah merah yang banyak tumpah semasa kelahiran
  • pemulihan luka dalaman rahim
  • mengelakkan stres untuk menghindar meroyan
  • memberi tenaga untuk ibu yang menyusu dan perlu bangun malam menjaga bayi.

Pakej kedua : Set Bersalin Shaklee Set Extra banyakkan susu ibu

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee Extra ni sebenarnya untuk ibu menyusu. Ia mengandungi produk yang sama seperti Set Bersalin Asas. Cuma ada tambahan 2 produk iaitu ESP dan Ostematrix.

Set ini khusus untuk membantu ibu yang ingin berikhtiar Banyakkan Susu Ibu. InshaaALLAH dengan Cara Pengambilan yang betul, anda akan mendapat hasil yang sungguh memuaskan. Set ini juga adalah merupakan Set Menyusu Shaklee.

Pakej ketiga – Set Bersalin Shaklee Set Premium untuk banyakkan susu dan kurus

 

Set Bersalin Shaklee

Menggabungkan fungsi breastfeeding dan juga menurunan berat badan dengan tambahan Lecithin dan Alfalfa.

Kebaikan setiap satu produk yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee

 

Pasti anda tertanya-tanya tentang macam mana Set Bersalin Shaklee ni nak ganti peranan jamu dan herba yang biasa digunakan oleh ibu berpantang kan?

Saya dulu juga berfikiran yang sama. Akhirnya saya dah tahu rupanya pengambilan herba dan jamu dalam pantang tu juga adlah untuk mendapatkan zat dan vitamin yang penting untuk penyembuhan luka bersalin dan untuk mengecutkan rahim

Contohnya : rupa-rupanya dalam proses mengecutkan rahim, Vitaimn C adalah memainkan peranan utama kerana ia ada fungi menegang dan mengecutkan tisu.

Satu contoh lagi ialah : orang-orang tua pesan kita supaya makan ikan haruan semasa berpantang, rupanya adalah kerana ikan haruan tu kaya denga Zinc.

Zinc ini adalah amat perlu untuk penyembuhan luka. Di sini saya ada sediakan special untuk anda, kebaikan setiap satu produk Shaklee dalam Set Bersalin Shaklee.

Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee Set Bersalin Shaklee ESP Shaklee dalam Set Bersalin Shaklee

ESP Shaklee Hanya terdapat dalam Set Bersalin Extra dan Set Bersalin Premium Set Bersalin Shaklee

Ostematrix Hanya terdapat dalam Set Bersalin Extra dan Set Bersalin Premium

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

Lecithin dan Alfalfa hanya terdapat dalam Set Bersalin Shaklee Premium

Untuk Mengetahui Pakej Set Bersalin Shaklee mana yang sesuai untuk anda, hubungi saya di 0111 999 5667 untuk dapatkan consultation percuma.

Hanya kepada yang belum beli dan bakal beli dengan saya ya. Yang sudah beli dengan orang lain, maaf anda perlu dapatan consultation dari penjual berkenaan ya :) Terima kasih :)




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Tips Segar dan Cergas di Waktu Pagi Hari

Tips Segar dan Cergas di Waktu Pagi Hari

Bestnya waktu pagi, udaranya segar, ada aroma udara yang bersih dan nyaman, dengan dihiasi kicauan burung-burung yang bertasbih memuji ALLAH di waktu pagi.

 

10389718_10203825755464488_6171007340855951691_n

 

Sayangnya bukan semua kita berpeluang untuk merasai nikmat waktu pagi dengan cergas dan segar. Terutama golongan yang sibuk berkerja, apatah lagi yang sedang stress dengan deadline (ada yang sebut date line) assignment ataupun tengah study nak exam, sukarnya nak rasa segar di waktu pagi kan?

 

Bestnya kalau lepas solat fardhu Subuh di masjid, kita dapat tidur semula di atas katil empuk dengan air cond sejuk dalam bilik kan :)

Saya dulu juga selalu begitu. Sehinggalah saya mendapat tahu rupanya Rasulullah s.a.w. tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah s.w.t. memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yang berbunyi mafhumnya:

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi”

Dari hadith inilah para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh. Disebutkan ulama bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yang berjaga malam uuntuk qiyam dan sebagainya.

Ada tips yang boleh diamalkan jika kita mahu kekal berjaga pada waktu pagi. Tips ini saya dapat dari laman web www.iluvislam.com dan ada saya ubahsuai mengikut kesesuaian saya sebagai surirumah Jutawan :)

Tips segar di pagi hari :

1) Segarkan Diri

Mandi sebelum subuh – sangat menyegarkan malah sangat dianjurkan dalam Islam. Biasakan bangun seawal jam 3.30 pagi dan terus mandi. InshaaALLAH segar sepanjang hari

2) Subuh Sunat dan Fardhu
Jangan tinggal solat Subuh bagi yang boleh melaksanakannya. Dan lebih elok jika didahului dengan solat sunat 2 rakaat sebelum subuh dan sambung dengan bacaan Ma’thurat atau al-Quran selepas solat subuh. Jika pernah tinggal solat subuh, bolehlah qadho solat subuh di waktu ini.

3) Senaman 
Buatlah senaman yang ringan dalam rumah, kalau rajin, berjoging di luar rumah. Jalan kaki juga dikira senaman. Bagi surirumah Jutawan seperti saya, pagi-pagi ni terpaksa aktif bersenam secara tak langsung apabila menyediakan anak ke sekolah :) Lepas tu dengan house chores lagi…tak perlu beli Takasima pun boleh bersenam dalam rumah sendiri :)

4)  Selawat

Senaman sambil berselawat, bukan saja hilang mengantuk tapi memang rasa amat segar. Mungkin salah satu sebabnya ialah kerana bila sekali kita berselawat, 10 kali ALLAH bagi salam sejahtera kepada kita,sebabtu kita rasa segar.

5) Solat Dhuha
Bila kita tengok jam dah nak dekat waktu Dhuha sekitar jam 8 pagi, kita pun akan rasa sayang nak tidur sebab nak buat Solat Dhuha. Ini secara tak langsung menjadi motivasi untuk terus produktif tak kira di mana kita, di rumah atau di pejabat.

Antara tips tambahan yang biasa saya amalkan ialah, saya sentiasa cuba untuk tidur semasa waktu Qailulah (sekitar jam 12.30 sehingga sebelum Zohor). So ini memberi motivasi untuk saya jangan tidur sebelum waktu Qailulah sebab Qailulah ni sangat banyak manfaatnya untuk kesihatan dan untuk memudahkan kita melakukan ibadah qiyamullail.

Semoga sharing ini membantu anda yang memang memerlukan tips segar di pagi hari untuk kekal cergas di waktu pagi

Salam kekayaan dan kejayaan serta kebahagiaan buat semua pembaca Suepribu.com




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan berkesan

Ramai ibu berpantang yang telah beli Set Bersalin Shaklee menghubungi kami untuk bertanyakan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan berkesan. Lami menerima terlalu banyak panggilan telefon dari ramai pelanggan yang menghubungi kami yang kecewa kerana tidak berjaya mendapat kesan positif dari seperti yang pelanggan kami perolehi.

 

Set Bersalin Shaklee

Pengalaman ibu berpantang yang bersalin secara pembedahan cesarean yang gembira dengan Set Bersalin Shaklee.

Sedih sangat kami mendengar aduan mereka. Ramai yang berasa amat rugi kerana tersilap beli dari penjual lain yang tidak dapat beri panduan Cara Makan yang berkesan. Ada yang mengadu, dah beli sehingga RM600 tapi bila ditanya Cara Makan, disuruh rujuk entry blog dia.

Bila makan 3 minggu tak berkesan, penjual kata kerana tak minum air banyak…..adoi kesian saya mendengarnya….huhuhu Sejujurnya kami amat terkejut apabila kami menemui blog yang memberi Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang salah…..kami amat bersimpati kepada mereka yang mendapat maklumat tidak tepat itu.






Dapatkan Nasihat Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang berkesan  dari Nutritionist secara PERCUMA

We respect your email privacy

 

Contohnya cara makan B-Complex yang di pamerkan oleh blog berkenaan adalah salah. Huhu…..tak dapat bayangkan macam mana perasaan pengguna yang dah habis wang namun gagal mendapat manfaat seperti yang customer kami dapat. Berhati-hati ya mommies jangan terjatuh ke pengedar yang tidak berpengalaman dalam Shaklee.

Memberi cara makan yang salah dan akhirnya pelanggan tidak mendapat kesan seperti yang pelanggan kami berjaya perolehi. Antara sebab kenapa kami tak disclose Cara Makan Set Bersalin Shaklee dalam blog secara umum, adalah kerana keperluan seorang ibu dengan seorang ibu yang lain adalah berbeza.

 

Kami tidak boleh generalized cara pengambilan kerana seorang ibu yang bersalin secara normal yang ada masalah susu, tentu sekali cara pengambilannya berbeza dengan seorang ibu yang bersalin secara pembedahan dan ada masalh sembelit. Betul ? :)

 

Kerana itulah Cara Makan Set Bersalin Shaklee akan anda perolehi bersama-sama dalam packaging Set Bersalin anda. Alhamdulillah setakat  ini semua pengguna berpuas hati. Bukti Customer kami amat berpuas hati dengan servis yang mereka terima dari kami:

 

Customer Berpuas hati pertama : Puan Adibah dari Bangi, seorang Pensyarah Kanan di sebuah universiti dalam negara.

 

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Testimoni Set Bersalin Shaklee

Customer Berpuas hati kedua : Puan Diana Joseph dari Sabah.

Set Bersalin Shaklee

Kesemua pengguna di atas mendapat kesan positif yang amat memuaskan hati adalah kerana mereka menerima bimbingan Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul dan unik mengikut permasalahan dan keperluan individu. Setiap wanita dan Ibu adlah unik, dan memerlukan panduan yang berbeza mengikut keperluan dan isu masing-masing :)

 

Pelanggan kami kebanyakannya datang dari Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Sabah dan Brunei. Dan mereka semua amat berpuas hati dengan servis kami sejak Mei 2013 sehingga hari ini.

Malah Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang kami sertakan buat mereka amat berkesan sehingga memberikan hasil yang amat menggembirakan. Alhamdulillah. Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan set bersalin ini, caranya amat mudah dan diterangkan dalam rajah di bawah inshaaALLAH kami berikan Harga Set Bersalin Shaklee dengan servis yang kami jamin terbaik antara yang ada di Malaysia :)






Dapatkan Nasihat Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang berkesan  dari Nutritionist secara PERCUMA

We respect your email privacy






Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017