Pengedar Shaklee : 013-310 1221

Home » Bisnes Shaklee » Kenangan Buat Bisnes Shaklee : Magic ALLAH Berikan Bila Kita Yakin

Kenangan Buat Bisnes Shaklee : Magic ALLAH Berikan Bila Kita Yakin

Pada tahun 2013, masa saya saya target naik Key Coordinator (jualan mesti minimum RM100,000),

dari 4 leaders saya kena lahirkan 7 leaders…. mana nak korek? saya bukannya ada leaders banyak macam tu,

entah saya pun tak tahu… saya serahkan kepada ALLAH, sehingga saat 3 hari sebelum closing, nampak macam takde harapan nak naik rank Key Coordinator….

saya dah tak tahu apa nak buat, saya hanya tahu saya asyik berdoa dan berdoa minta ALLAH sampaikan juga saya ke Key Coordinator…

saya short 2 leaders masa tu

maka siang tu saya pun buat satu perkara yang tak pernah saya buat,

saya pergi ke klinik-klinik dan hospital berdekatan saya

di kawasan Bandar Tun Razak, HUKM, klinik private dan KKIA, Hospital Tawakkal, semua saya redah, saya bagi flyers, duduk situ dengan anak dari pagi sampai kena halau…

ya saya kena halau sebab edar flyers

saya pergi cafe hospital dan kiosk, minta tokey masukkan flyers dalam paper

Tu ikhtiar saya di waktu siang

waktu malam, saya tak boleh tidur, saya hanya doa dan doa, lepas tu dapat idea,

sebelum tu saya cakap dengan ALLAH, ya ALLAH KAU tahu aku betul2 nak, sebab tu aku ikhtiar gini, KAU tolong aku ye ALLAH…

saya PM semua kawan-kawan yang kenal saya di FB

saya offer beli Collagen Shaklee masa tu….

beratus-ratus orang saya PM pada jam 3 pagi, sebab saya segan nak pm pagi, saya pm tengah2 malam gitu…

result? kosong-kosong-kosong

takde sorang pun yang saya PM tu beli, tiada seorang pun…

Tapi lepas tu MAGIC HAPPENED

24 jam sebelum closing, pada malam jam 12 lebih masa tu, seorang kawan FB yang saya tak kenal beliau dan beliau pun kenal saya di FB saja, submit order RM11,000

ya beliau order RM SEBELAS RIBU dari saya yang beliau tak kenal pun…

kenapa banyak sangat order?

sebab dulu sabah dan sarwak harga produk mahal sikit dari semenanjung

dan kebetulan beliau orang sabah turun Penang, nak beli Shaklee untuk adik beradik n family yang ada di Sabah, dari Ranau sampai Semporna, Tawau dan Lahad Datu

sebab tu total sampai RM11,000

alhamdulillah, menangis saya masa sujud syukur

saya betul2 rasa ALLAH ada di urat merih saya masa tu

ya ALLAH ada sangat dekat dengan saya masa tu

satu perasaan yang saya tak tahu nak gambarkan,

sampai hari ni saya masih boleh rasa perasaan dekat itu…

alhamdulillah, lepas dapat order RM11,000 dari kak Fida tu, esoknya masa closing, berderu-deru order masuk, sampai total order pada hari closing RM23,000

masa saya nak bayar di kaunter, account saya dah kena freeze, ya cabaran lagi, masa tu dah malam jam 8

macam mana nak buat?

sekali lagi ALLAH tolong saya

upline saya Master Haji Roslan pinjamkan cheque RM23,000

macam tak percaya kan, orang boleh percaya nak pinjamkan cheque berpuluh ribu gitu

orang boleh percaya nak transfer RM11,000 kepada saya yang dia kenal di FB sahaja

macam tak logik kan?

ya sahabat, yang tak logik tu la yang berlaku kepada saya,

yang saya sangat kenang dan ingat sehingga hari ini

betapa ALLAH sangat2 mengkabulkan doa

bukannya saya ada amal extra, ilmu menarik atau menjemput rezeki yang bombastic ke?

takde pun semua tu

yang saya ada hanyalah YAKIN TANPA BERBELAH BAGI kepada ALLAH

ALLAH tahu saya sangat nak naik rank sebab saya nak hantar mak ayah saya pergi umrah

ALLAH tahu WHY saya

dan ALLAH tahu KEINGINAN SAYA YANG MEMBARA

maka ALLAH bagi

mula2 DIA uji

lepas tu DIA bgi

semua peristiwa kehidupan yang saya lalui.,dari kisah masa Ibrahim dulu, dan kisah2 saya dalam Shaklee ni, menjadikan saya sangat berasa yang saya tidak punya apa selain ihsan dan belas kasihan / rahmat ALLAH yang membuatkan saya masih hidup dan berada di sini…

Saya sangat yakin kepada ALLAH yang maha memberi, maha mendengar dan maha mengkabulkan doa

diri saya sendiri adalah seorang yang bodoh, lemah lagi tidak berdaya, lalu saya serahkan diri saya total kepada ALLAH, biarlah ALLAH yang uruskan segalanya,

jika saya ada hajat, saya hanya SUBMIT kepada ALLAH dengan sabar dan solat, dengan yakin dan tawakkal

bila tiba masanya saya yakin ALLAH bagi

ALLAH baik

ALLAH hebat

ALLAH sangat penyayang

apa DIA bagi pada saya

itulah yang terbaik pada saya

terima kasih ALLAH atas tarbiyah dan kasih sayang ini

saja saya share semula

sebab malam ni hujan dan saya rasa sangat romantik mengingatkan ALLAH memberi rasa dingin dan sejuk saat saya tak boleh pasang air cond sebab alahan saya menyebabkan saya muntah dan asthma dengan bau air cond….

terima kasih ALLAH

semoga tulisan ini menjadi asbab untuk ALLAH pandang saya dengan rahmatNYA saat saya di hisab di akhirat

terima kasih kepada semua yang sudi membaca

yang baik tu semuanya ALLAH yang punya

yang buruk itu memang saya sebab saya memang hamba yang tiada kelebihan dan kebaikan kecuali apa yang ALLAH takdirkan baik dan lebih




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge