Pengedar Shaklee : 013-310 1221

Home » Family » Haiwan Kesayanganku dalam kenangan

Haiwan Kesayanganku dalam kenangan

Kami ada bela ikan dan kura-kura kat rumah. 
 
Ikan emas 5 ekor : Cartier, Tiffany, Pandora, Habib, Rolex
 
Ikan bandaraya 2 ekor : Poh Kong dan Wah Chan
 
Kura2 kecik 2 ekor : Emas dan Berlian
 
 
Tengahari tadi Tiffany mati, anak2 saya menangis teresak2….
Bila jadi camni, fikiran saya terimbau kenangan lama… masa saya adalah seorang pecinta kucing…
 
dulu masa bujang takde boyfriend sebab takde sapa nak, tapi hidup tak rasa sunyi dan sedih pun sebab ada kucing yang sangat bijak sebagai best fren, makan sama2 tido sama2, nama dia cikebum…
Camni la rupa Cikebum... Color dia n belang dia sama macam ni

Camni la rupa Cikebum… Color dia n belang dia sama macam ni

 
Cikebum ni sangat special, sebab saya jaga dia sejak dia masih peringkat ovum dalam perut mak dia…. sebab mak dia adalah haiwan kesayangan saya jugak….
Masa mak dia lahirkan dia dan adik2nya, saya yang sambut, masa mak dia sakit, nak meneran, nak bersihkan baby, nak menyusu, dalam pantang lepas beranak (kucing pantang berapa jam je pun..hihihi) semua saya yang jaga….
satu hari saya gi kursus 5 hari dengan UKM, habis je kursus saya balik umah tapi cikebum takde, adik2 kata 5 hari cikebum tak balik…
 
malam saya sampai umah, cikebum pun balik, kaki dia patah, hati saya pun retak relai melihatnya
 
seminggu lepas tu cikebum mati, masa nak mati tu waktu pagi pukul 4, dia pegang tangan saya, saya tido tak lena, panggil2 nama dia bila terjaga, sekali panggil dia mengiau macam menyahut, last2 dia tak menyahut bila saya panggil dia hanya gerakkan ekor
 
tepat 5 pagi dia mati sebelah saya sambil tangan dia dalam tangan saya, pukul 7 saya tanam cikebum,
 
sedih… hilang sudah sahabat sejati saya, yang sentiasa mendengar bila saya bercerita, saya demam ke sakit ke dia teman saya, walaupun dia hanya seekor kucing,
 
Hari yang sama saya keluar umah duduk kolej Keris Mas bilik kawan saya, sampai 2 bulan taknak tido umah sebab masih rasa sedih dan kehilangan
 
 
hari2 berdoa dan solat hajat minta ALLAH temukan balik saya n cikebum dalam syurga ALLAH di akhirat nanti
 
lepas tu saya dah taknak bela kucing dah
 
sebab sakitnya rasa kehilangan
 
saya suka kucing sangat2 tapi biarlah main gitu2 aje, sayang macam mana pun saya dah taknak attach dengan mana2 kucing
 
so tukar pulak bela ikan
 
tapi bila ikan mati pun saya sedih
 
tadi Tiffany mati
 
saya pun nangis, anak pun nangis, tak sanggup nak pandang akuarium
 
anak2 minta beli ikan lagi
 
tapi saya cakap, kita boleh beli ikan lain tapi takkan sama dengan yang dah pergi
 
 
Ya saya memang drama queen sangat2
 

Muka saya memang garang, suara garang macam general perang, tapi dalam hati ada taman, berbunga2 cinta lagi…

huhuhu
sekian ceri

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

One Response so far.

  1. Salam mami.
    Cikebum tu kucing bengal ya?

    Boleh try bela burung pula. Sekarang musim orang bela Budgie. Cuma dpd sudut hukum Syaza tak sure sangat ok x ok.

    X silap ok je asal cukup makan dan jagaan.
    Pengedar Shaklee Batu Pahat recently posted…Percubaan Pertama Membuat Laksam, Achievement Unlocked!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge