Masa Ramadhan lepas, ada satu bait dalam doa ustaz Miftah yang amat menggerunkan bila dikenang.

Ustaz mendoakan :
“Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami mengumpat mereka yang kami tak pernah kenal dan mereka pun tak kenal kami tapi kami mengumpat dan mengata tentang mereka….”

Lepas tu ustaz teruskan dengan doa sambil menangis tersedu sedan 
Jemaah pun ikut nangis dalam doa mohon keampunan yang ustaz bacakan itu
Sampai hari ni saya muhasabah diri 

Dah berapa ramai orang yang saya tak kenak tapi saya mengumpat dia….

sangat banyak berlaku hari ni

– kita tengok screen shot status Fb org jadi viral, kita komen sambil menyelit kata2 yang mengkritik, sedang kita tak kenal lansung orang tu.
– Ada orang share pasal rumah tangga dia di FB, lepas tu jadi viral…. Kita pun tolong share sama, lepas ru kita pun ada komen rasa menyampah pada suami/isteri berkenaan, sedang kita langsung tak kenal mereka 
– ada orang share video pendek berkenaan sesuatu dan jadi viral, contoh video orang tinggal anak dalam kereta, kita pun mengumpat mengutuk dia…. Sedang kita tak tahu perkara sebenar dan kita tak kenal dia pun
– ada orang viralkan kes ibu meninggal semasa bersalin di rumah, kita pun share dan selitkan komen terhadap ibu tadi, sedang kita tak kenal pun ibu ini, kita tak tahu pun apa sebenarnya yang berlaku

– kita baca kisah artis / politik dan tak sedar termengumpat mana2 individu berkaitan, kita tak kenal pun mereka ni secara personally….

Ni sekadar beberapa contoh mudah. Ada banyak lagi yang boleh kita fikir dan renungkan.

Bila kita tak kenal mereka, bagaimana nak minta maaf?
Dan kalau orang yang kita mengumpat ni dah takde, macam mana nak minta maaf agaknya….
Sedangkan dosa sesama manusia perlu diselesaikan dengan yang berkenaan.

Saya pun ada buat perkara ini….

Sebab tu bait doa ustaz tu melekat kuat di ingatan saya….

Dan sebab ini juga saya tulis semula di sini supaya saya tidak lupa 

Di mata kita mungkin yang bersalah tu teruk dan berdosa 

Tapi di sebaliknya kita tak oerasan ALLAH jadikan ini berlaku mungkin jalan untuk si pesalah dapat pahala menggunung
Datang dari mana pahala tu? 
Datang dari kita yang mengumpat mereka tanpa sedar….

Bila direnung dalam2 

Baru sedar yang pahala dah banyak terbagi ke orang lain 

Mudah2 an kita tak muflis di akhirat…..
Catatan saya yang banyak dosa, moga ALLAH ampunkan saya..




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017