Pengedar Shaklee : 013-310 1221

Home » Ilmu » Pengalaman menyertai Perhimpunan Aman Gaza

Pengalaman menyertai Perhimpunan Aman Gaza

Alhamdulillah Sabtu lepas ALLAH izinkan kami untuk menyertai ribuan rakyat Malaysia yang lain untuk berhimpun secara aman di Dataran Merdeka untuk menyatakan bantahan terhadap pengganas israel di bumi Gaza, Palestin.

 

 

Kami bergerak dari rumah menaiki teksi dalam jam 1.50 petang. Alhamdulillah sampai ke Dataran Merdeka dalam 2.00 petang. Waktu tu ta ramai orang. Kawan kami Ila dari Banting bertolak lagi awal dari kami dan stand-by di Sogo (bunyi cerita macam perhimpunan BERSIH pulak…hihihi).

Perhimpunan Aman GazaIMG_8167

 

Kami pergi berdua je, tak bawa anak sebab kami expect cuaca panas….dengan orang ramai yang dijangka turun. Oleh kerana sampai awal, banyak sangat gambar yang kami dapat snap…alhamdulillah. Placards disediakan oleh pihak penganjur untuk semua hadirin acara ini.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8162

 

Lama juga kami duduk di Dataran Merdeka tu sebelum crowd mula datang memenuhi padang. Masa sembang, ada yang datang dari Pahang, Terengganu, Singapore, dari Thailand pun ada. Kagum sangat dengan semangat mereka yang sanggup turun dari jauh.

 

 


Perhimpunan Aman GazaIMG_8163

 

Orang tak ramai, semua pun bertegur sapa dan berkenalan antara sesama hadirin.Alhamdulillah tanpa dirancang silaturrahim telah dibentuk melalui event ni.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8164

 

The Stage

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8165

 

Orang mula ramai datang ke Dataran Merdeka

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8170

Sekumpulan student yang hadir membawa placards sendiri.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8173

Banner yang list kan semua produk/brand yang support israel.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8178

Group of beautiful ladies yang memakai shawl bertemakan bendera Palestine. It is beautiful shawl. Kata mana agaknya nak dapatkan shawl gini ya?

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8187

He caught my eyes….salah seorang peserta perhimpunan dari kumpulan OKU. sanggup turun untuk menunjukkan sokongan walau di tengah terik matahari.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8199

Me and my best friend since i was 13, alhamdulillah. Now she is a successful beautiful lawyer.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8207

If you think only Muslim participate in this rally and support Gaza, think it again.

 

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8211

 

Orang dah sangat ramai, penuh Dataran Merdeka, dan hari sangat terik. Paramedic beri peringatan untuk minum air setiap 10 – 15 minit untuk elak dehydration. Alhamdulillah kami bawa 3 tumbler air siap-siap dari rumah.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8215

Ucapan dari pelajar PhD yang berasal dari Gaza. Beliau sebak semasa menuturkan tentang betapa sukar mereka nak bina sebuah rumah di Palestine, dan biasanya dalam sebuah rumah dihuni oleh 30-40 orang ahli keluarga.

 

Bila israel bom rumah tu, hampir keseluruhan ahli keluarga syahid. ALLAHu akbar…sedih sangat….Kata beliau, israel memang buat genocide dan fokus untuk hapuskan seluruh warga Palestine tak kira agama sebab mereka nak tanah Palestine keseluruhanya.

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8217

Seorang ibu yang berasal dari Palestine. Beliau bertutur dalam English dengan sangat lancar dan bersemangat. Tiada nada sedih dalam suaranya melainkan getar semangat berkobar-kobar.

 

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8222

 

Dr Hafidzi dari Aqsa Syarif (baju putih). Merupakan seorang yang saya kenali sebelum saya mengenali Aqsa Syarif. Beliau sebenarnya seorang pesakit yang menjalani rawatan dialysis setiap minggu.

 

Tapi lihatlah, penyakitnya tidak menghalang beliau untuk melibatkan diri dalam membantu umat ISLAM di Palestine. Dalam banyak-banya speaker, beliaulah yang paling bersemangat…

 

ya ALLAH berdiri roma masa beliau berucap…rasa kerdil sangat diri ni…apalah yang diri saya yang sihat segar bugar lagi gemuk ni lakukan untuk umat ini berbanding dengan beliau dan ramai lagi mujahidin dalam arena ini….

 


Perhimpunan Aman GazaIMG_8224

Faizal Tahir sangat bersemangat melaungkan BOIKOT disamping bertakbir

Perhimpunan Aman GazaIMG_8235

Peserta bersurai

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8236

Masa nak balik nampak Mat Luthfi berlari dengan kawan dia….kami pun ligan dia…hehehe…cek nak bergambaq buleh? Senyum ka Mat Luthfi

 

Perhimpunan Aman GazaIMG_8237

 Sorang pejam mata, sorang tak nampak mata tertutup dengan mafla

 

 

 

Perhimpunan Aman Gaza10576996_797930860238364_8064603039898646761_n

 

Gambar paling precious : saya diberi peluang oleh ALLAH untuk bergambar dengan keluarga Palestine ini. Ibunya amat bersemangat waja begitu juga dengan anak sulungnya (tiada dalam gambar) yang mengatakan kepada saya : Nanti dah besar saya nak balik Palestine untuk berjuang menentang israel penjajah….

 

Anak ibu ini yang saya pegang itu, beliau telah kehilangan pendengaran kedua0dua be;lah telinga akibat terdengar letupan yang amat kuat. Di telinganya ada alat bantuan pendengaran untuk orang yang melalui prosedur cochlear implant….namun ibunya sangat bersemangat semasa menceritakan….tiada riak duka langsung….

 

Saya waktu tu terkelu….biasa saya ingat orang Palestine ni mereka pasti berduka dan sedih. Ternyata saya salah. Mereka sangat kental dan bersemangat, tiada riak takut di wajah mereka. Mereka sungguh memerlukan bantuan kita iaitu dalam bentuk :

 

HENTIKAN BANTUAN KEPADA ISRAEL DAN SALURKAN BANTUAN KEPADA PALESTINE.

 

 

Lihat perkataan DAN di situ…jika anda belajar Matematik anda pasti pernah dengar ilmu logic mantik yang mana perkataan DAN bermaksud perlu berlaku kedua2nya, bukan salah satu.

 

So teruskanlah boikot sedaya mampu kita.

 

Kalau nak dibandingkan orang Malaysia dengan mereka di Palestine, setelah saya melihat sendiri orang-orang Palestine ni, berani saya katakan, kita menang tidak setanding mereka. Sebab itu mereka yang terpilih untuk melalui ujian syahid ini. Kita ini masih muda dan mentah dari segi semangat perjuangan

 

Banyak yang perlu kita belajar dari perjuangan mereka di sana. Kerana tak mustahil kita juga akan melalui keadaan begitu. Kalau kita tidak persiapkan diri sekarang, terutama dari segi hablumminaALLAH, sekiranya berlaku apa-apa, adakah kita bersedia untuk berjuang dan ultimately untuk …… mati?

 

 

 

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat diri saya dan pembaca.

 

Mohon maaf atas segala kekurangan

 

Astaghfirullah al azhim

 

wALLAHu a’lam

 

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 

2 Responses so far.

  1. Sama-sama kita mendoakan buat saudara kita di Gaza. Semoga hancur laknatullah Zionis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge