Ehem, sedar tak sedar, suami saya dah ada 4 entry di blog beliau. Saya pun tak sedar bila suami start ada blog, tiba-tiba je dah ada 4 entry. Alhamdulillah….. (eh betul ke tak 4 entry ntah…hehhee)

Asalnya suami saya takde minat pun nak blogging. Sejak berjumpa dengan tuan Ben Ashaari dan berguru dengan tuan Hadihaizil , tiba-tiba je bertukar macam hakuto dan minami bertukar menjadi ultraman ACE

 

B00005H0I1

 

Sedangkan dah bertahun-tahun  sejak saya mula berblog tahun 2007 lagi saya ajak dia buat blog. Macam-macam nama blog saya pernah pilihkan dan buatkan untuk suami tapi tak pernah pun beliau minat nak blogging. Blog yang saya buatkan dah jadi macam projek perumahan terbengkalai.

Saya seorang je yang attend pelbagai kursus blogging dan SEO sehingga tak sedar dah terlalu banyak class saya hadir. Sampai camtu pun suami saya tak pernah berminat nak buat atau tulis blog.

Tapi…itulah kuasa lelaki, diorang ada powerful mantra untuk pengaruhi kawan sejantina untuk buat sesuatu. Suami saya sekarang dah ada blog wordpress lagi….terkejut saya masa mula-mula tahu.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Ben dan Tuan Eizil atas dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan. Masih jelas ke-excited-an husband untuk berblog lepas jumpa Tuan Ben, diam-diam ubi berisi sungguh lakiku itu….

 

Sebagai his other half, of course i support every good thing he wish to do. So my dear husband yang baik lagi handsome….welcome to blogging world. Semoga suami saya berjaya menjadi seorang blogger Malaysia yang bermanfaat untuk pembaca bukan sekadar cendawan yang tumbuh selepas hujan macam saya ni….huhuhu

I really wish you big success in what ever u do hun, coz u rarely have things that you love and have passion with except for me and our kids….and i am happy that now u have a passion in something

 

 

Ya ALLAH jadikanlah suamiku blogger yang bermanfaat dan soleh lagi musleh yang lebih baik dari aku dan kawan-kawanku, mudahkan urusan suamiku dalam dunia blogging ini….berikan beliau petunjuk dan ilhamMU untuk dia menulis blog dengan perkara yang baik lagi soleh, amiiin

 

bloggerman

Lakiku yang hensem itu kini seorang blogger….. welcome on board hubby




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017