Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan sejurus membaca berita berkenaan nahas pesawat MH17 yang terhempas dan ada yang mengatakan ditembak di sempadan Ukraine Russia hari ini. Setakat ini dikatakan kelihatan 100 mayat bergelimpangan sekitar kawasan kejadian, ALLAH, ulthuf bi na ya ALLAH….. :'(

MH17

 

Saat sedang menaip, telinga ini tidak henti mendengar wartawan asing mengulangi soalan : What can Malaysia do? Allahu akbar, berikanlah kekuatan, ketenangan dan ketabahan buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam musibah ini.

 

Sudah pasti pemimpin negara kita amat tertekan dengan satu persatu ujian yang melanda negara. Saya merasakan bahawa ada tekanan terselindung yang dirancang ke atas Malaysia oleh kuasa besar yang berselindung disebalik semua yang berlaku. Dan ia semakin jlas bla media tak habis-habis menyebut : plane is shooting down, di samping what can Malaysia do?

 

Takpelah yang ni kita cerita lain kali, entry ni bukan untuk membicarakan konspirasi, ia ditulis agar dapat kita ambil hikmah disebalik kejadian. Akhirnya kita perlu meng-isbathkan semuanya kepada ALLAH. ALLAH telah mengizinkan semuanya berlaku, dan ALLAH tidak pernah memberi kisah yang sia-sia kepada kita.

 

Sedikit ringkasan berkenaan nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine /Russia :

 

Komposisi Penumpang (Sila rujuk kepada Siaran Media Rasmi MAS) jika ada keraguan
SENARAI PENUMPANG DAN KREW SECARA LISAN ADALAH SEPERTI BERIKUT

  1. NETHERLANDS : 143
  2. AUSTRALIA : 27
  3. MALAYSIA : 20
  4. INDONESIA : 11
  5. UK : 6
  6. JERMAN : 4
  7. BELGIUM : 3
  8. FILIPINA : 3
  9. KANADA : 1
  10. BELUM DIKENALPASTI : 62
  • JUMLAH PENUMPANG : 280
  • JURUTERBANG : 4
  • KABIN KREW : 11 semua warga negara MALAYSIA.
  • JUMLAH BESAR PENUMPANG DAN KREW : 295 ORANG

 

MH17

 

 

TERKINI MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine
KHAMIS, 17 JULAI 2014 23:36  by HELME HANAFI 


KEMASKINI 11.55 MALAM

 

Ini berita yang baru diterima dah riuh dikalangan media barat, bahawa sebuah lago pesawat Boeing 777 milik MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Sehingga kini ada dua tiga laporan yang mengelirukan, ada yang kata jatuh, ada yang kata ditembak jatuh.

Yang pasti pesawat tersebut membawa 295 penumpang dan anak kapal.

Berita kehilangan pesawat kedua milik MAS dalam tempoh lima bulan itu menjadi tajuk utama ‘breaking news’ semua agensi berita antarabangsa sebentar tadi.

Sementara itu MAS melalui akuan twitternya mengesahkan sebuah pesawatnya MH17 kali terakhir dapat dihubungi di ruang udara Ukraine.

Laporan media barat memetik sumber industri pulak memberitahu pesawat tersebut terhempas selepas ditembak menggunakan roket dari darat ke udara di wilayah Ukraine yang sedang bergolak-17/7/2014

[00:19, 18/07/2014]

+60 14-606 5496: 07/17 15:29 *INTERFAX CITES UKRAINIAN INTERIOR MINISTRY ADVISER GERASHCHENKO
BN 07/17 15:29 *UKRAINE SAYS 280 PASSENGERS, 15 CREW KILLED IN CRASH: INTERFAX
BFW 07/17 15:29 *UKRAINE SAYS 280 KILLED IN PLANE CRASH: INTERFAX
BFW 07/17 15:28 *MALAYSIAN JET SHOT DOWN BY BUK MISSILE SYSTEM, INTERFAX SAYS
BFW 07/17 15:19 *MALAYSIAN JET DISAPPEARED FROM RADARS AT 10,000 M ALTITUDE: IFX
BFW 07/17 15:16 *MALAYSIAN JET CRASHED NEAR SHAKHTERSK IN UKRAINE, INTERAFX SAYS
BN 07/17 15:15 *INTERFAX CITES UNIDENTIFIED SOURCE ON MALAYSIAN JET
BFW 07/17 15:14 *MALAYSIAN PASSENGER JET WAS SHOT DOWN AT 10 KM ALTITUDE: IFX
BFW 07/17 15:04 *INTERFAX SAYS FLIGHT WAS FROM AMSTERDAM TO KUALA LUMPUR
BN 07/17 15:04 *INTERFAX SAYS FLIGHT WAS FROM AMSTERDAM TO KUALA LUMPUR
BFW 07/17 15:03 *INTERFAX SAYS PLANE MAY HAVE CRASHED NEAR RUSSIA-UKRAINE BORDER
BN 07/17 15:02 *INTERFAX SAYS PLANE MAY HAVE CRASHED NEAR RUSSIA-UKRAINE BORDER
BN 07/17 15:02 *INTERFAX CITES UNIDENTIFIED PERSON ON PLANE CRASH
BN 07/17 15:01 *MALAYSIAN BOEING 777 MAY HAVE CRASHED IN UKRAINE: INTERFAX

 

 

 

Sedikit gambar sekitar kejadian

 

MH17

 

 

 

MH17

 

 

MH17

 

 

Boleh tonton Video saat pesawat MH17  terhempas dan meletup yang berjaya dirakam oleh tentera

 

MH17

 

 

Al Fatihah buat semua korban beragama ISLAM

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017