Pengedar Shaklee : 013-310 1221

Home » Ilmu » 10 Doa selepas tahiyat akhir sebelum salam dalam solat

10 Doa selepas tahiyat akhir sebelum salam dalam solat

Pada 28 Ramadhan yang lalu, tazkirah selepas tarawih disampaikan oleh Ustaz Mohamad Subki Al-Hafiz, pengetua Ma’ahad Tahfiz wal Qiraat, Repek, Pasir Mas Kelantan. Antara perkata paling menyentuh hati saya sepanjang tazkirah itu ialah reminder dari ustaz berkenaan bacaan doa sesudah tahiyat atau tasyahud akhir sebelum memberi salam dalam solat.

 

hqdefault

 Ustaz Mohammad Subki Abdurrahman – terpegun mendengar ceramah beliau, banyak ilmu baru yang saya belajar. Alhamdulillah

Kata Ustaz, antara waktu doa paling mustajab selain dari semasa kita bersujud, ialah bila kita berdoa selepas selesai membaca Tahiyyat akhir, iaitu selepas je bacaan :

 في العالمين إنك حميد مجيد

Kita sambung dengan doa yang khusus yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw sepanjang hayat baginda.

Semasa saya sekolah pondok dulu memang saya ada belajar doa ini, dan dulu pun pernah amalkan,tapi bila dah keluar dari pondok, tak amal dah….huhuhu..rugi rugi rugi

Di kesempatan ni suka saya nak tulis semula doa-doa yang pernah saya belajar dan juga yang baru saya belajar buat rujukan saya sendiri dan anak-anak saya satu hari nanti inshaaALLAH.

Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad saw.

Berikut adalah doa-doa tersebut  :

 

 

1) Doa pertama berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

 وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.

 

2) Doa kedua berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari. (sangat baik diamalkan jika kita ada situasi hutang- termasuk saya…huhuhu)  :

 

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

 

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.

 

 

3) Doa ketiga berdasarkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari juga. Doa yang ini amat baik untuk melupuskan sifat mazmumah yang ada pada diri kita. :

 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur.

 

4) Doa keempat berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam An-Nasaie. Doa yang amat baik untuk memohon ALLAH jadikan kita hambaNYA yang bersyukur dan sentiasa mengingatiNYA :

 

 اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu

 

 

5) Doa kelima berdasarkan hadis riwayat Imam An-Nasaie.

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ ، وَمِنْ شَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ

 

 

 :Dan mafhumnya

Ya Allah! Aku berlindung daripada kejahatan yang telah aku lakukan, dan daripada kejahatan lakukan

6. Doa yang keenam. Doa ini untuk memohon ALLAH mudahkan urusan hisab / perbicaraan kita di mahkamah ALLAH di akhirat nanti.

 

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

 

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.

 

 

7. Doa yang ketujuh dari riwayat Imam Bukhary. Doa ini adalah doa taubat. sesuai sangat dibaca selepas membaca tahiyyat akhir dalam solat taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

 

Dan mafhumnya :

Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.

 

 

8. Doa kelapan  dari riwayat Imam Abu Daud.

 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Dan mafhumnya :

 

Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang

 

 

9. Doa kesembilan riwayat Imam Abu Daud. Doa inilah yang saya belajar dan amalkan dulu…hihihi.

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ ، وَمَا أَسْرَفْتُ ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

 

Dan mafhumnya :

 

Ya Allah! Ampunilah aku untuk apa yang telah aku (lakukan) di masa lalu dan apa yang akan aku (lakukan) di masa hadapan, apa yang aku (lakukan) secara tersembunyi dan apa yang aku (lakukan) terang-terangan, apa yang telah aku berlebih-lebihan, dan apa-apa yang lebih Engkau ketahui berbanding diriku sendiri. Engkaulah Yang Mendahului dan Engkaulah Yang Mengakhiri.

Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau.

 

 

 

10. Doa kesepuluh dari hadis riwayat imam Abu Daud juga, doa memohon dimasukkan ke syurga dan diselamatkan dari neraka

 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Dan mafhumnya :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku mo-hon kepadaMu, agar dimasukkan ke Surga dan aku berlindung kepadaMu dari Neraka.

 

Alhamdulillah berjaya juga mengumpulkan 10 doa-doa yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw selepas membaca tasyahhud / tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redho dan rahmat ALLAH dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka….

 

amiiin

 

Selamat bercuti di Syawal ketiga hari ini ^_^

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Post Tagged with

6 Responses so far.

  1. Rohana says:

    Good sharing. Alhamdulillah saya dah amalkan doa yg kedua tu. Cumanya kadang-kadang bile jadi makmum dalam solat berjemaah tak sempat nak baca. Imam cepat sangat bagi salam.. =)

    Lepas ni perlu target untuk hafaz dan amalkan doa-doa yg selebihnya tu.

  2. rizz says:

    Terima kasih…perkongsian yg sgt bermakna..terasa byk sgt kekurangan dlm ibadah harian, semoga Allah menerima amalanku yg serba kukurangan ini…

  3. Mohd Salim Mohd Ghonah says:

    Syukur Alham Dulillah..mengingatkan saya antara doa’ yg perlu dubaca..

  4. muhammad al fifi says:

    terima kasih banyak2 , izinkan saya amalkannyer

  5. Rahimah says:

    Izinkan saya kongsi doa di atas untuk diamalkan semoga menjadi amal jariah. In Sha Allah. Aminn.

  6. Jaya Padiman says:

    ilmu yg bermanfaat semoga diriku diberi taufiq utk amal dan sampaikan kepada yang lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge