Tajuk tu saja je kasi dramatik. Actually wanita yang sedang dalam dilemma itu adalah saya.

 

Tahukah anda kenapa kami setiap minggu lewat nak close date Task? Kerana kami suami isteri amat teruja dengan entry para peserta.

Saya nak share sesuatu yang amat luar biasa, yang berlaku sejak contest ini berlangsung.

Di awal-awal contest, hanya saya seorang sahaja yang terguling-guling membaca dan menilai entry setiap peserta. Setiap hari saya baca entry task yang anda hantar dengan penuh perasaan teruja.

Sehingga semasa saya demam, saya minta suami saya tolong ambil alih tugas berkenaan. Memandangkan kami berdua memang tak berkerja dan hanya menghabiskan masa dengan anak-anak di rumah. Maka suami pun tak keberatan nak bantu saya.

Apa yang berlaku?

Beliau kini bukan sahaja amat berminat dengam blogging, malah sudah pun menyertai pelbagai kelas untuk mendalami bisnes Online.

Waktu malam begini, suami saya akan duduk depan PC sambil membaca entry kalian dan membuat catatan.

Honestly, he is not like this. Saya merupakan seorang blogger sejak 2007 sebelum ber hibernasi terlalu lama. Since 2007 suami saya tak pernah tunjuk minat pun dengan aktiviti blogging. Tak pernah ambil tahu pun.

Kini, setelah berkenalan secara maya denga Khairul Zamri, Cikgu Naman, Tuan Kamil Salleh, Muaz Fariz, Pahan, Paly, dan semua peserta contest (berkenalan melalui task anda :) ) Suami saya juag berminat untuk mendalami bidang bisnes online dan juga blogging.

Rasa Kecik

Kami berdua benar-benar kagum dan terasa kerdil sekali dengan membaca karya anda. Saya membaca karya puan Akma Omar dengan rasa amat impress terhadap beliau. Macam mana orang sehebat beliau sanggup merendah diri menyertai contest blogger picisan seperti saya ini

Oh…..

saya amat berterima kasih kepada anda semua yang sudi menyertai contest ini.

Contest pun dah hampir nak berakhir

Kami berdua

akan amat merindui anda yang menyertai contest ini.

Setelah contest ini tamat, entah bilalah para blogger hebat nak menjenguk lagi blog picisan ini kan?

Alhamdulillah suami saya memberi galakan untuk saya kembali aktif berblog. Sekurang-lurangnya kura-kura ini masih mahu meneruskan perjalanan blogging ini walau tidak selaju arnab :)

Dilemma Wanita

Dilemma itu adalah kerana

Sukarnya nak pilih pemenang

semuanya hebat, dan karya anda itu terlalu bagus, dan saya yakin anda mengambil masa untuk mengarangnya. Bila saya fikirkan itu, rasa nak menangis….( drama queen here )

Rasa nak bagi je iPhone 5S untuk anda semua

Jika saya ada RM1juta hari ini, inshaaALLAH pasti anda semua dapat iPhone 5s setiap seorang

Tapi oleh kerana tahun depan baru saya ada RM1juta, maka buat masa ini hanya seorang peserta yang akan menjadi pemenang untuk both category.

Oh nanti check FB ya encik suami saya sudah mula launch contest untuk peserta FB.

Di sini, saya sebagai penganjur mewakili pihak penaja, ingin  memohon jutaan ampun dan maaf atas banyak kekurangan penganjuran contest ini.

Contest dah nak berakhir

hati ini rasa sangat sayu

di samping berdebar, siapakah bakal memenangi iPhone 5S dan iPhone 5c itu

Terima kasih semua peserta dan pembaca blog ini.

InshaaALLAH mulai hari ni

blog ini akan aktif semula

berkat dapat restu suami, inshaaALLAH

terima kasih blogger semua

terima kasih kerana memberi inspirasi buat kami :)




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017