Sejak dari waktu bersalinkan Umar lagi saya plan nak share tentang cara saya berpantang dan tentang Set Bersalin. Tapi biasalah bila dah asyik bertangguh lama-lama hilang macam tu saja.

Bagi saya waktu berpantang adalah waktu yang menyeronokkan. Masa inilah kita ber’baby-moon’ nak rehat, nak pulihkan badan, makan sedap-sedap dan dapat layanan macam queen.

Sejak bersalinkan anak pertama lagi, saya mengamalkan cara berpantang yang sama. Takde terikat dengan mana-mana amalan tertentu. Cara berpantang saya lebih kepada kaedah fusion, iaitu gabungan teknik berpantang Jawa dan Cina.

Dari segi penjagaan luaran, saya gunakan kaedah Jawa dan dari segi pemakanan, saya sangat sukakan kaedah perubatan Cina. Alhamdulillah, bolehlah saya katakan setakat ni sangat memuaskan hati kesannya.

Walaupun saya menyusu sepenuhnya keempat-empat anak saya dengan susu ibu, namun alhamdulillah tiada sakit-sakit sendi atau lutut atau tapak kaki seperti yang biasa di alami oleh ibu-ibu lain.

Sewaktu berurut selepas bersalin anak keempat ni, bidan yang mengurut saya cakap begini : “Bagus la kamu dik, dah anak 4 tapi badan elok tak rosak”

Saya pun tak tahu apa maksud bidan tu dengan “badan tak rosak”. Cuma yang saya akui walaupun  dah anak 4, saya tidak mengalami sebarang kegemukan, atau pun sakit-sakit badan yang biasa di alami oleh kebanyakan ibu yang dah melahirkan anak.

Dan keempat-empat anak saya juga tak mendapat jaundice macam yang sering dialami oleh kebanyakan baby hari ni.

Okay bagaimana cara pantang fusion tu?

Kaedah penjagaan luaran – kaedah Jawa.

Mandi.

Saya membuat sendiri ramuan air mandian. Ramuan ni diajarkan kepada saya oleh seorang bidan Kelantan yang megurut saya semasa anak sulung.

Ramuan air mandian ini terdiri daripada campuran daun pandan, daun serai wangi, daun lengkuas dan daun kunyit. Keempat-empat jenis daun ini digabungkan dalam satu periuk besar saiz masak gulai kenduri kemudian di masak atas api.

Bila dah siap dan naik bau, saya tunggu air tu sejuk sikit dalam 20 minit, lepas tu mandi la dengan air panas-panas tu (suhu dalam 60-70 celcius).

Mula-mula memang rasa sakit la sebab air panas kan, tapi lama-lama dah biasa, rasa segar dan kuat lepas mandi. Rupa-rupanya mandi air panas camtu faedahnya menguatkan badan.

Bengkung .

Saya mengamalkan pemakaian bengkung panjang yang menggunakan kain belacu panjang 12 meter. Setiap pagi selepas dah mandi dengan ramuan mandian di atas, saya akan pakai bengkung panjang ni.

Sebelum pakai bengkung sapu dulu perut dengan kunyit yang ditumbuk dengan garam kasar. Lepas dah kering, lilit bengkung panjang ni dari bawah ke atas. teknik lilit pun bukan sebarang lilit.

Lilitan cara Jawa ialah seperti berikut – ikat di bawah, lilit 2 kali dan simpul di tengah, tukar arah lilitan dan lilit dua kali, simpul balik kat tengah, tukar balik arah lilitan. Ulang la sampai habis. Faham ke camana caranya tu? hehehe…..nanti la one day saya buat video :)

Bengkung masa kat ward

Masa berpantang di ward, saya tetap pakai bengkung. Tapi bukanlah bengkung yang panjang di atas. Saya pakai bengkung tali kain belacu jugal. Yang boleh ikat sendiri tu. Kat ward lagi la kena jaga sebab di sana air cond sentiasa…huhuhu

Pilis

Masa anak sulung saya pakai pilis. Tak tahu beli dari mana, sebab bila dah bersalin je tengok-tengok semua dah ada disediakan. Alhamdulillah.

Tapi tak suka pilis sebab bila dah kering dia jatuh atas baby….huhuhu…cuma memang best pakai pilis ni sebab mata rasa segar dan cerah.Kepala pun rasa best.

Scrub

Yang ni juga tak berapa rigid, kadang saya buat kadang tidak. Saya scrub guna daun yang ada dalam ramuan air mandian tu saja. Lagi best dari beli scrub-scrub mahal tu.

Tungku.

Yang ni ialah kewajipan saya selain dari berbengkung. Kalau malas sangat sehari 3 kali atau 2 kali je. Saya suka tungku batu atau tungku besi bulat. Pernah guna tungku moden tu tapi memang tak sama rasanya.

Tungku moden tu berguna kalau kat ward saja. Tungku yang dah dipanaskan atas api akan dibalut dengan daun mengkudu. Bau daun mengkudu tu saja pun dah membuat rasa badan segar.

Minyak

Minyak favourite saya masa berpantang ialah minyak TYT sebab ia sangat wangi dengan bau ubatan herba cina dan dalam masa yang sama boleh guna kat baby juga.

Minyak ni kalau guna kat baby, nyamuk tak datang pun :) Harga minyak ni pun sangatlah berpatutan. Hanya RM9 je. Kalau yang saya pernah baca minyak urut untuk bersalin ni ada yang sampai beratus-ratus.

Alhamdulillah saya dapat berjimat banyak dengan mengguna minyak yang murah, selamat lagi berkesan.

Minyak TYT

Yang lain biasa-biasa je untuk external ni. Takde yang spesifik sangat.

 

Makanan – kaedah cina

Saya sangat mementingkan penjagaan dalaman semasa berpantang. Selain mementingkan penggunaan Set Bersalin, makanan harian semasa berpantang pun saya jaga. Saya membuat kajian dan bacaan berhari-hari lamanya sebelum memutuskan untuk memilih pendekatan kaedah cina dalam pemakanan semasa berpantang.

Red dates + wolfberries + longan

Sejurus selepas bersalin, saya akan minum air rebusan longan kering + red dates + wolfberries. Ini adalah concoction terhebat di dalam amalan pemakanan ibu bersalin.

Percayalah, selagi tak try, anda takkan rasa kebagusannya. Selepas je minum air ramuan di atas,badan akan bermandi peluh tak berhenti menitik. Tanda toksik mula dikeluarkan dari badan.

Ramuan tu tak mahal ye, boleh beli di kedai-kedai sensei cina. Kos sekitar RM12 unuk kegunaan 2 minggu,murah tak :)

Satu lagi kelebihan air ni ialah, ia menyebabkan susu banyak. Kalau minum banyak kali masa dalam hari pertama bersalin, hari kedua dah dapat bengkak susu.

Maka jaga-jagalah jangan ambil banyak sangat sebab saya pernah kena bengkak susu yang sangat teruk sebab minum air ni.

Beberapa jam selepas bersalin, saya wajib makan Sup Ayam Betina masak dengan Wolfberries untuk mengembalikan tenaga dan menghangatkan badan.

Antara herba wajib cina wajib yang saya akan include dalam masakan sepanjang berpantang ialah :

  • Dong Quai
  • Wolberries
  • Red Dates
  • Longan
  • Minyak bijan
  • Di samping penggunaan herba tradisional melayu seperti  Halia, Kunyit dan lada hitam.

wolfberries

Makan dan minum saya takde pantang yang spesifik. Saya makan dengan banyak semasa dalam pantang. Menu kegemaran saya semasa dalam berpantang ialah ayam masak bijan dengan lada hitam. Setiap hari makan lauk ni poun boleh :)

Cuma dalam pantang memang makan masa nasi dan lauk masih panas-panas. Air minum pun yang panas suhu 90 celcius bukan air suam.

Satu lagi makanan kegemaran saya semasa berpantang ialah sup myuk gook. Sup ni adalah rezepi korea, diperbuat dari seaweed. Selalunya kalau tak sempat masak sup ayam dong quai, saya akan makan sup ni beberapa jam selepas bersalin.

Saya tidak mengamalkan minum air sikit dan makan sikit-sikit masa berpantang. Sebab secara logiknya ibu yang baru lepas bersalin mengalami kehilangan darah yang banyak serta banyak luka, lebih-lebih lagi yang bersalin secara pembedahan.

Maka badan perlukan banyak zat untuk kembali pulih. Proses pemulihan akan terbantut kalau makan ikut cara berpantang orang dulu-dulu. Air hanya 3 teguk, makan nasi dengan ikan kering, macam mana badan nak dapat zat kan? Sebab tu kalau ikut berpantang cara tersebut, ibu akan dapat masalah sembelit dan susu kurang.

Set Bersalin

Oleh kerana saya amat menitik beratkan penjagaan dalaman sewakrtu berpantang, maka saya amat berhati-hati dengan pemilihan set bersalin. Alhamdulillah anak-anak saya tak pernah kena kuning atau jaundice.

Sekarang banyak sangat set bersalin yang dihasilkan dalam pasaran. Berhati-hatilah buat pilihan sebab bukan ibu saja yang perlu diambil kira tapi keselamatan baby yang menyusu juga.

Banyak set bersalin dalam pasaran yang menyebabkan susu kurang dan baby mendapat jaundice bila ibu makan produk dalam set bersalin tu. Boleh rujuk di sini cara dan panduan untuk memilih set bersalin.  Saya memang menggunakan Set Bersalin Shaklee ni sejak anak sulung lagi, hampir 7 tahun lepas. Masa tu Shaklee tak famous macam sekarang, rasanya dua tiga kerat je manusia kat Malaysia ni yang tahu pasal kewujudan Shaklee masa tu.

 

Berurut

Saya berurut dengan pelbagai bidan. Setakat pengalaman saya berurut paling best ialah dengan bidan kelantan tapi dah susah sangat nak cari bidan kelantan dalam KL sekarang ni.

 

Penjagaan berat badan.

Alhamdulillah setakat ni saya takde masalah berat badan. Malah semasa pregnant lagi saya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak. Tidak mengalami kaki bengkak dan stretch mark pun sangat sikit saja.

Mungkin sebab saya memang mengamalkan makan seimbang dan juga supplement vitamin Shaklee sejak lebih 10 tahun, maka hasilnya boleh dilihat dari sudut kesihatan.

Malah sebab saya breastfeed, untuk turun ke berat badan yang ideal adalah sangat mudah. Lepas je baby lahir berat badan saya akan hilang sebanyak 5kg, dan lazimnya lepas berpantang hilang lagi 5kg-8kg. Semudah itu sahaja tips kurus lepas bersalin yang saya amalkan.

 

Rasanya setakat ni dulu perkongsian tentang amalan berpantang dan Set Bersalin berdasarkan pengalaman saya.

InshaaALLAH ada masa saya nak tulis tentang resepi berpantang cara cina dan amalan penjagaan luaran diri semasa berpantang kaedah Jawa secara lebih terperinci dalam entry-entry akan datang.

Semoga bermanfaat :)

 

 




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017