Pengedar Shaklee : 013-310 1221

Home » Family » Coretan rasa buat Ibrahim

Coretan rasa buat Ibrahim

SubhanALLAH…

Alhamdulillah…

Hari ini Ibrahim kebanggaanku sudah berusia 56 hari. Beberapa hari je lagi dirimu memasuki usia 2 bulan. Alhamdulillah atas kurniaanMU yang indah.

Ibrahim sayang,ibu takkan lupa detik pertama ibu melihatmu,ketika dirimu baru menjengah dunia,ayahmu memangkumu penuh kasih sambil dirimu membatukkan cecair putih dari mulut,berusaha untuk bernafas,lalu ibu ambil kamu,ibu dakap dan cium pipimu,lalu kamu menangis…ibu susukanmu,sambil ayahmu mengalunkan azan…indahnya ia berlaku di kamar tidur kita sekeluarga,tempat yang amat sederhana namun amat membahagiakan…

Ibrahim, terima kasih kerana merealisasikan impian ibu untuk melahirkan zuriat dalam keadaan paling tenang dan harmoni. Ibu amat sayangkanmu Ibrahim,kelahiranmu ibu rasakan umpama mendapat zuriat buat kali pertama.

Ibrahim,saat Dr Nazim memaklumkan kepada ibu bahawa terdapat bunyi murmur di jantungmu,ibu cuba menepis ia dari fikiran,ibu buang semua sangkaan,alhamdulillah ibu tidak berasa sedih langsung. Ibu yakin Ibrahim kuat dan normal.

Ibrahimku sayang,saat ini hampir 3 minggu kamu di hospital, dalam tempoh 56 hari kehidupanmu, hanya 2 minggu kita berada di rumah. Ibu tahu dirimu rindukan tempat dan katil di mana kamu di bawa ke dunia ini, ibu tahu kamu kenal bau bilik itu yang amat menenangkanmu,ibu amat mahu membawamu pulang ke rumah dan kelak kita dapat bermain bersama abang,kakak dan abg umar…hati ibu hancur tiap kali ibu dengar dirimu menangis kesakitan di bilik prosedur,hati ibu patah bila menyedari ibu tidak tahu apa pilihan terbaik untuk dirimu,hati ibu punah bila melihat takungan air mata di kelopak matamu yang masih suci,akhirnya ibu sedar ibu amat lemah…

Ibu lemah bukan kerana tidak kuat,ibu lemah kerana ibu amat menyayangimu,ibu posessif,padahal kamu adalah amanah ALLAH kepada ibu,hak DIA untuk mengujiku menurut caraNYA…

Ibrahim cinta hatiku,ibu pernah melalui 1001 dugaan hidup yang jarang dialami oleh insan lain,ibu pernah menjalani kehidupan yang amat sukar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah ke alam dewasa,namun ibu akui,dugaan inilah yang paling berat ibu rasakan,kini ibu tahu,betapa besar kasih seorang ibu terhadap zuriatnya,namun hakikat yang perlu ibu sedar dan sentiasa ingat ialah : ALLAH mengasihi hambaNYA melebihi kasih seorang ibu terhadap anaknya…maka ibu sedar bahawa saat ini ibu rasakan amat pahit kerana ibu tidak nampak hikmahnya,dan paling teruk,ibu tidak bersyukur…maka ibu cuba menyelak duka ini untuk melihat nikmat dengan jelas agar ibu bersyukur dan agar terbit rasa redha terhapa ujian ini.

Saat ini ibu berdoa,agar dirimu pulih dan sihat tanpa perlu dibedah. Malam ini ibu tekad menentang keputusan doctor untuk memulakan antibiotik rocephine terhadapmu,setelah baru 3 hari lepas dirimu tamat rejim cefuroxime…ibu mahu tubuhmu aman dari tekanan kimia yang tak henti-henti..

ALLAHu,berikanlah kesembuhan dan kesihatan yang cemerlang buat anakku Ibrahim khususnya,dan juga buat anak-anakku yang lain..

Aamiin…

Mari Ibrahim,bersama ibu,abang,kakak dan abang Umar,kita orak langkah hebat dalam misi menuju pulang ke jannah…




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017


 
Post Tagged with

2 Responses so far.

  1. Ibuani says:

    Assalammualaikum… Moga trus tabah… & Saya doakan baby Ibrahim diberi kesembuhan yg baik olehNya… Aamiin… :'((

  2. mama_meah says:

    rasenyer tak pernha tak menangis bace tulisan salwa..pure sangat..semoga salwa tabah..semoga kuat sentiasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge