Susu yang paling baik untukotak anak anda dan otak sekalian manusia pastilah susu ibu/susu badan/susu dada/susu payudara/susu manusia.

Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi anda dari segala aspek, terutama sekali dari sudut perkembangan otak bayi.

Konsepnya senang aje, susu manusia tentulah paling serasi dengan manusia sebab yang menghasilkan susu manusia itu tentulah dari badan seorang manusia juga. Jadi tak ada istilah DHA yang tinggi dalam susu lain selain susu ibu adalah baik untuk otak atau gangliosida dalam susu tertentu boleh menyambungneuron-neuron otak manusia. Semua itu hanya propaganda untuk melariskan sesuatu jenama susu. Hakikatnya segala DHA atau Gangliosida yang di dakwa hanya bahan tambah yang kita tak pasti artificial atau asli.

Tapi hari ini sya bukan nak cerita tentang susu ibu, tapi saya nak share tentang susu selain susu ibu yang mungkin boleh dijadikan alternatif susu komersil yang banyak terdapat di pasaran, yang terlalu banyak mengandungi bahan tambah yang meragukan sama ada dari segi kesihatan mahupun syara’ .

Oleh itu saya ingin berkongsi beberapa resepi susu buatan sendiri yng di adun menggunakan bahan-bahan alami (cewah bahasa saya memang tak boleh pergi betul lah!)

Susu ini adalah sesuai untuk bayi berusia 2 tahun ke atas sekiranya bayi anda :

  1. telah bercerai susu badan
  2. tidak alergy terhadap produk tenusu/susu dan kekacang
  3. tidak mempunyai alahan terhadap madu.
  4. tidak mempunyai CMPA
  5. tidak mempunyai masalah lactose intolerance

Ingat tak entry saya yang paling popular dalam sejarah blog saya ini?

Entry ini mendapat sambutan hangat dan setiap hari ada saja traffic datang ke blog ini hasil dari keyword berkenaan entry tersebut.

Kali ini saya ingin berkongsi satu resepi yang lebih kurang sama tetapi kali ini ia lebih mudah dan bahan yang diperlukan lebih murah dan lebih sedikit dari resepi terdahulu.

Bahan-bahan untuk resepi susu kali ini ialah :

Untuk menyediakan 4.5 oz susu formula buatan sendiri

  1. 125ml Susu lembu/susu kambing atau susu kacang soya pun boleh.
  2. 1/2 sudu kecil madu asli.
  3. 4 biji kacang walnut yang telah di buang kulit, tak kisah samada dah siap bakar atau yang raw.
  4. Walnut mungkin kacang yang terbaik untuk otak. Lihat kesamaan struktur di atas. InsyaALLAH saya akan tulis dalam entry lain tentang kebaikan kacang ini.

  5. Campurkan bahan-bahan di atas
  6. dan blender sehingga hancur
  7. selepas itu tapiskan campuran untuk mendapatkan susu sahaja.

Pepejal kacang yang tertinggal itu boleh di simpan dalam fridge untuk digunakan dalam resepi membuat muffin walnut atau kek walnut atau biskut walnut. Kalau anda rasa taknak guna lagi, just buang saja.Kalau susu itu sejuk sedikit, panaskan macam cara kita panaskan EBM.

Ikutlah kesesuaian anak anda. Jika dia tak kisah sejuk, maka tak perlu panaskan :)

Ini adalah optional.

Sekiranya anda tahu betapa banyaknya bahan yang tidak selamat dan diragui dalam susu formula yang banyak terdapat di pasaran, anda pasti akan rasa takut untuk membeli susu-susu berkenaan, dan pastinya anda akan berusaha sehabis daya untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu.

Skandal susu formula di China beberapa bulan lepas. Isu skandal ini tidak terhad dalam China sahaja, ia sebenarnya isu global dalam dunia penyusuan seluruh dunia.




Tonton Video 2 minit memaparkan aktiviti kami team SuperStars Shaklee yang merupakan Group Pengedar Shaklee Aktif No.1 di Malaysia



Cari Agen Shaklee di Area Anda?  -->  Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia


Nak Beli Produk Shaklee Terus Dari Shaklee HQ? --> Cara Beli Shaklee Online


Nak Daftar Jadi Ahli Shaklee? --> Daftar Ahli Shaklee 2017